Soalan Lazim

1. Bagaimana cara nak perbaharui cukai jalan kereta saya?

Sebelum perbaharui cukai jalan, tuan/puan perlu perbaharui insuran kereta terlebih dahulu. Tuan/puan ada beberapa pilihan untuk memperbaharui insuran kereta. Sila rujuk sini.

2. Tolong berikan saya anggaran kos insuran kereta XXX?

Sebelum kami dapat memproses permohonan tuan/puan, sila berikan maklumat berikut:

  • Nama penuh dan nombor mykad bagi mengira diskaun NCD pemilik kereta.
  • Maklumat kereta iaitu jenama, model, cc dan tahun buat bagi mendapatkan harga pasaran kereta

3.  Di mana pejabat tuan?

Sila rujuk cawangan kiosk MyEG untuk maklumat lanjut.

4. Bagaimanakah saya membuat bayaran?

Tuan/puan boleh membuat bayaran kepada akaun bank Maybank syarikat kami jika tuan bersetuju dengan sebutharga yang diberikan. Selepas membuat bayaran, sila muat turun resit perbankan internet dan beritahu kami dengan seberapa segera.

5. Tuan boleh terima bayaran dengan kad kredit?

Boleh. Bayaran kad kredit secara online boleh dilakukan untuk membeli insuran kenderaan sahaja. Tuan/puan boleh buat kiraan dan bayaran menggunakan sistem MotorTakaful eTiQa kami. Jika hendak buat bayaran insuran kenderaan dan juga cukai jalan kena hadir sendiri ke cawangan kiosk MyEG kami.

6. Bagaimana syarikat tuan hantar cukai jalan dan polisi insuran kereta kepada saya?

Penerangan secara lanjut dijelaskan dalam artikel “Cara Cukai Jalan JPJ di Hantar Kepada Pelanggan“.

7. Bila saya boleh perbaharui cukai jalan saya?

Penerangan secara lanjut dijelaskan dalam artikel ini.

8. Geran kereta saya masih di bank. Boleh ke tuan baharui cukai jalan dan insuran kereta?

Boleh, tidak ada masalah. Tuan boleh hubungi pegawai kami untuk bantuan. Sila sediakan maklumat yang  diperlukan seperti berikut:

  • nama penuh dan nombor mykad pemilik kereta
  • jenama, model, cc dan tahun buat kereta
  • nombor enjin dan nombor casis kereta

9. Geran kereta saya hilang. Boleh ke tuan baharui cukai jalan dan insuran kereta?

Boleh, tidak ada masalah. Tuan boleh hubungi pegawai kami untuk bantuan. Sila sediakan maklumat yang  diperlukan seperti berikut:

  • nama penuh dan nombor mykad pemilik kereta
  • jenama, model, cc dan tahun buat kereta
  • nombor enjin dan nombor casis kereta

10. Pemilik kenderaan tidak ada sekarang ni. Dia pergi luar negara. Bolehkah saya baharui cukai jalan?

Boleh, tidak ada masalah. Tuan boleh hubungi pegawai kami untuk bantuan. Sila sediakan maklumat yang  diperlukan seperti berikut:

  • nama penuh dan nombor mykad pemilik kereta
  • jenama, model, cc dan tahun buat kereta
  • nombor enjin dan nombor casis kereta

11. Ini pertama kali saya membuat urusan bayaran secara online. Selamat ke?

Untuk maklumat tuan, syarikat kami berdaftar dengan:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • Syarikat Insuran Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia
  • Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM)
  • Malaysian Takaful Association (MTA)
  • Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

Segala urusan menggunakan borang permohonan di http://renew.myroadtax.com akan diberi sebutharga rasmi yang sah. Satu resit sah syarikat juga akan diberikan kepada tuan/puan dalam pakej penghantaran. Sila muat turun resit bayaran perbankan internet tuan/puan sebagai bukti bayaran.

12. Saya sudah WhatsApp/SMS permohonan perbaharui insuran kereta dan cukai jalan. Tetapi senyap sahaja lepas tu.

Untuk pengetahuan tuan/puan, kami cuma boleh proses permohonan tuan/puan pada waktu pejabat seperti berikut:

  • Isnin – Jumaat 9am sampai 6pm
  • Sabtu dan Ahad 9am sampai 1pm

Selepas permohonan tuan/puan diproses pegawai kami akan hubungi tuan/puan dengan panggilan telefon daripada pegawai kami pada waktu pejabat. Jika tuan/puan tidak dapat dihubungi baru pegawai kami akan cuba WhatsApp atau SMS tuan/puan.

Jika tuan/puan tidak boleh diganggu pada waktu pejabat, sila beritahu kami masa yang sesuai untuk dihubungi. Kami juga boleh hantar sebutharga melalui e-mel.

13. Saya sudah isi borang permohonan perbaharui insuran kereta dan cukai jalan. Tetapi senyap sahaja lepas tu.

Untuk pengetahuan tuan/puan, kami cuma boleh proses permohonan tuan/puan pada waktu pejabat seperti berikut:

  • Isnin – Jumaat 9am sampai 6pm
  • Sabtu dan Ahad 9am sampai 1pm

Selepas permohonan tuan/puan diproses pegawai kami akan hubungi tuan/puan dengan menggunakan sistem. Satu salinan sebutharga juga akan dihantar ke alamat e-mel  tuan/puan. Sila semak e-mel tuan/puan dalam folder inbox dan juga spam.

14. Adakah tuan hanya boleh baharui insuran kereta sahaja?

Tidak. Kami juga boleh uruskan pembaharuan insuran motosikal, van, MPV, SUV dan lori.

15. Adakah tuan boleh buat insuran dan cukai jalan semua jenis motosikal?

Secara am semua jenis motosikal boleh. Tetapi kekadang syarikat insuran akan tolak untuk motosikal berisiko tinggi berlaku kecurian seperti Yamaha LC, Yamaha 125Z dan Yamaha RXZ.

16. Adakah tuan boleh buat insuran dan cukai jalan lori?

Boleh, kecuali untuk permit A.

17. Adakah tuan boleh kemaskini cetakan geran kereta saya?

Boleh. Tetapi proses ini memerlukan tuan hadir sendiri ke cawangan kiosk MyEG kami. Untuk makluman tuan/puan, geran tidak perlu dikemaskini setiap tahun. Tuan/puan cuma perlu  kemaskini untuk tujuan membuat tuntutan insuran dan juga untuk proses tukar hakmilik secara sukarela.

Di harap tuan/puan dapat teruskan membuat urusan memperbaharui insuran dan cukai jalan dengan kami.

Terima kasih.

Back to Top