Siapa Kami

kisok myeg cukai jalan hq kaunter

Untuk berurusan dengan yakin di alam maya anda perlu tahu latar belakang laman web MYroadtax.com. Laman MYroadtax.com dibina dan dikendalikan oleh rakan pengendali teknologi SICT Enterprise dan urusan pembaharuan cukai jalan dan insuran kenderaan diuruskan oleh Agensi Darul Sufi.

SICT Enterprsie (SA0008369-V)
No. 2-68 Tingkat 2,
Kompleks Perhentian Kajang,
Jalan Reko, 43000 Kajang Selangor

myroadtax ssm

SICT Enterprise ditubuhkan pada 29 Mac 2005 untuk mengendalikan urusniaga jual beli barangan dan perisian komputer. Selain itu SICT Enterprise juga memberi khidmat baikpulih komputer bagi kawasan sekitar Kajang. SICT Enterprise telah dilantik oleh syarikat TMNET sebagai kontraktor pemasangan Streamyx bagi kawasan Kajang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya. Buat masa ini SICT Enterprise mengendalikan beberapa laman web dalam projek usaha sama. SICT Enterprise juga berdaftar dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

Agensi Darul Sufi (NS0088026-A)
No. B3-2, Tingkat 2, 9 Avenue,
Taman Korporat Putra Nilai,
71800 Nilai

sijil syarikat agensi darul sufi

Agensi Darul Sufi ditubuhkan pada tahun 2010 hasil dari buah fikiran 2 orang penasihat kewangan yang berjiwa besar. Kombinasi pengalaman melebihi 10 tahun dalam Industri Kewangan memberi keyakinan kepada pelanggan serta khidmat nasihat yang efektif dan effisen kepada pelangan. Pada 6 Ogos 2012 Agensi Darul Sufi telah dilantik sebagai satu-satunya agen Kiosk MyEG bagi daerah Nilai, Sepang, Salak Tinggi, KLIA, Banting, Dengkil dan Mantin.

Alhamdulillah pada tahun 2013, Agensi Darul Sufi sudah bertukar daripada syarikat enterprise kepada syarikat perkongsian liabiliti terhad dan di beri nafas baru Agensi Darul Sufi PLT.

Yakinlah untuk berurusan dengan MYroadtax.com. Kami menghargai bisnes anda.

Back to Top