Pilihan Anda

renew road tax jpj secara online tanpa geran myeg

Nak renew road tax? Apa pilihan yang anda ada untuk perbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan dengan MYroadtax.com?

  1. Permohonan Secara Online (pilihan terbaik)
    • MotorTakaful eTiQa
    • Sistem Tiket
  2. Mesej Hotline
    • WhatsApp (pilihan terbaik)
    • Telegram
    • SMS
  3. E-mel
  4. Walk-in ke Kiosk MyEG

Apa-apa pun pastikan anda ada dokumen berikut:

  • salinan mykad muka depan sahaja
  • salinan geran mana-mana tahun atau
  • salinan nota perlindungan (cover note) mana-mana tahun

Waktu Urusan

  • Pejabat kami buka jam 9am-6pm (Isnin – Jumaat)
  • Kiosk MyEG buka jam 9am-6pm Isnin –  Jumaat / 9am-1pm Sabtu & Ahad
  • Mesej Hotline 24 jam (proses waktu pejabat)
  • Sistem Tiket online 24 jam (proses waktu pejabat)

Bayaran

  • Jumlah anggaran bayaran cukai jalan dan insuran kenderaan cuma boleh diberi oleh pegawai kami setelah anda berikan kami maklumat lengkap seperti yang diminta.
  • Sila tunggu pegawai kami proses sebutharga anda. Caj bayaran juga bergantung kepada jenis permohonan.
  • Tolong beritahu kami jika bayaran sudah dibuat. Notifikasi boleh dibuat dalam sistem, e-mel, panggilan, WhatsApp atau SMS. Terima kasih.

1) Permohonan Secara Online

A) Sistem MotorTakaful eTiQa MYroadtax.com

Sila gunakan sistem motortakaful eTiQa untuk membuat pembaharuan insuran kenderaan sahaja dahulu. Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit dan juga perbankan internet. Sistem ini adalah interaktif dan sebutharga akan dikira secara automatik. Setelah bayaran dibuat, nota perlindungan kenderaan elektronik (e-covernote) akan di hantar ke pengkalan JPJ secara langsung. Oleh kerana itu sistem ini cuma online pada waktu pejabat JPJ. Selepas beli insuran, sila gunakan khidmat sistem tiket dibawah untuk bayar cukai jalan pula.

B) Sistem Tiket MYroadtax.com

Gunakan sistem tiket MYroadtax.com jika anda mempunyai sebab-sebab tertentu seperti:

  • Sistem MotorTakaful tidak boleh diakses atau offline.
  • Bajet kurang tahun ini? Kami faham keadaan ekonomi masing-masing mungkin ada pasang surut. Anda boleh berbincang dengan pegawai kami jika bajet tidak mencukupi. Kami boleh cuba turunkan harga perlindungan sampai anda puas hati, tetapi risiko ditanggung oleh anda 100%.
  • Anda hendak memilih insuran takaful lain selain eTiQa seperti Takaful Ikhlas atau Takaful Malaysia. Mungkin kenderaan anda tidak boleh tukar syarikat insuran lain atas sebab-sebab tertentu seperti selagi bayaran pinjaman bank belum selesai.

Arahan serta bantuan lanjut akan diberikan dalam sistem. Anda hanya perlu isi borang interaktif. Sistem buka 24/7 tetapi pegawai kami cuma dapat proses pada waktu pejabat mengikut  giliran. Ia adalah kerana sistem kami juga bergantung  kepada pengkalan data JPJ.

 

renew road tax online malaysia

2) Mesej Hotline

Sila mesej kami untuk membuat permohonan perbaharui insuran kereta dan cukai jalan anda. Anda dijemput mesej kami pada bila-bila masa tetapi kami cuma boleh proses permohonan anda pada waktu pejabat sahaja.

Format mesej:

myroadtax <nama penuh> <no mykad> <no kereta> <jenama model cc> <tahun buat>

Hotline: hotline-myroadtax.com.jppgPanggilan adalah disekat untuk nombor hotline ini.

Kami harap anda faham yang sukar untuk kami proses permohonan anda tanpa maklumat tertentu kereta. Oleh itu anda perlu hantar gambar:

  • mykad muka depan sahaja
  • salinan geran mana-mana tahun, atau
  • salinan nota perlindungan (cover note) mana-mana tahun

3) E-mel

Sila e-mel dokumen:

  • mykad muka depan sahaja
  • salinan geran mana-mana tahun, atau
  • salinan nota perlindungan (cover note) mana-mana tahun
  • nombor telefon perhubungan

Pastikan salinan gambar imbasan jelas, untuk geran kereta, ambil bahagian maklumat kereta sudah cukup. Hantarkan ke sales@myroadtax.com dan tunggu kami hubungi semula dengan sebutharga. Jangan lupa sertakan nombor telefon untuk dihubungi pada waktu siang dan malam. Mungkin nombor telefon pejabat waktu siang dan nombor telefon bimbit pada waktu malam.

4) Walk-In ke Kiosk MyEG

Cawangan-cawangan kiosk MyEG kami di:

  • Nilai
  • Banting
  • Subang Jaya

Cawangan kiosk MyEG kami buka pada hari Sabtu dan Ahad juga.

Jangan lupa bawa dokumen berikut:

  • salinan mykad pemilik kenderaan dan pemandu-pemandu lain
  • salinan geran mana-mana tahun, atau
  • salinan nota perlindungan (cover note) mana-mana tahun

Anda juga boleh membuat permohonan secara online dan memilih untuk mengambil cukai jalan serta nota perlindungan di cawangan-cawangan kiosk MyEG kami.

Terima kasih kerana berurusan dengan MYroadtax.com dan kami berharap anda akan terus menggunakan perkhidmatan kami.

Back to Top