Harga Insurans Kereta Myvi

harga insurans kereta myvi myroadtax.com

Adakah anda mencari harga insurans kereta Myvi? Sila teruskan baca jika anda ingin tahu bagaimana syarikat insurans mengira harga insurans kereta Myvi. Perodua Myvi adalah kereta segmen B yang dihasilkan oleh Perodua sejak tahun 2005 lagi. Myvi adalah hasil daripada kerjasama Perodua dengan syarikat Toyota dan Daihatsu .

Perodua Myvi adalah kereta paling laris di Malaysia selama 8 tahun berturut-turut, di antara tahun 2006 dan 2013.

Pengiraan Harga Insurans Kereta Myvi

Kami di MYroadtax.com ingin memberikankan anda perlindungan yang terbaik tetapi mengikut bajet anda juga. Oleh itu sila sampaikan maklumat yang betul kepada pegawai kami bagi mendapatkan pengiraan yang tepat untuk harga insurans kereta Myvi. Tidak guna anda tipu kerana jika berlaku kemalangan atau kecurian, tuntutan insuran kereta Perodua Myvi anda akan ditolak.

Anda boleh berbincang dengan pegawai kami bagi menyesuaikan dengan bajet anda. InsyaAllah kami bagi yang terbaik. Kami tidak galakkan anda mengambil insuran 3rd party kerana jika berlaku kemalangan total loss, anda kerugian besar. Begitu juga jika berlaku kecurian, anda akan kehilangan segala-galanya. Pemilik motosikal dan kereta lama sahaja yang akan memilih insuran 3rd party.

Cara pengiraan harga insuran kereta Myvi adalah dengan mengambil kira beberapa maklumat pemilik kereta dan juga maklumat kereta itu sendiri. Oleh itu adalah penting untuk anda memberikan jenama dan model terperinci serta jenis transmisi manual atau automatik. Kesemua ciri-ciri ini membezakan harga pasaran semasa kereta Perodua Myvi. Maklumat-maklumat penting lain yang diambil kira:

  1. Umur pemandu/pemilik
  2. Sejarah tuntutan
  3. Kapasiti enjin
  4. Umur kenderaan
  5. NCD
  6. Perlindungan Tambahan

Umur Pemandu/Pemilik

Terdapat tambahan caj loading untuk umur pemandu yang kurang daripada 25 tahun dan lebih daripada 65 tahun. Caj loading ini dikenakan kerana risiko kemalangan yang tinggi untuk pemandu yang muda dan lanjut usia. Mungkin kerana mereka yang berdarah muda kurang pengalaman, kerap memandu laju dan melulu manakala bagi mereka yang tua, mungkin penglihatan sudah kabur dan tindak balas kurang cekap.

Sejarah Tuntutan

Terdapat juga caj loading berdasarkan sejarah tuntutan pemandu. Oleh itu dinasihatkan pemilik tidak membuat tuntutan atas kemalangan kecil. Kalau boleh selesaikan secara baik dengan pihak yang terlibat tanpa membuat tuntutan insuran kereta Perodua Myvi.

Kapasiti Enjin, Transmisi & Varian

Kapasiti enjin Perodua Myvi ada 1.0L, 1.3L dan juga 1.5L. Myvi juga mempunyai dua jenis tansmisi iaitu automatik dan manual. Transmisi manual mempunyai 5 tahap kelajuan manakala transmisi automatik miliki hanya 4 tahap kelajuan. Pastikan anda memberitahu kami jenis transmisi Perodua Myvi anda.

Harga insurans kereta Myvi juga berbeza mengikut varian kereta. Sila jelaskan kereta Perodua Myvi anda adalah Premium XS atau Advance/SE.

Umur Kenderaan

Umur kereta Perodua Myvi yang dikeluarkan pada tahun 2015 masih dibawah 7 tahun untuk tahun 2016 ini. Oleh itu tiada sebarang caj loading untuk anda buat masa ini. Tetapi jika umur kereta Perodua Myvi anda cecah 7 tahun, anda akan dikenakan caj loading 5%. Apabila umurĀ  kereta cecah 11 tahun akan ada caj loading 10%. Jika umur kereta cecah 16 tahun akan tambah caj loading maksima 15%. Ini kerana berdasarkan statistik kemalangan jalan raya, umur kereta berkait rapat dengan prestasi kereta diatas jalan raya. Risiko berlaku kemalangan meningkat dengan umur kereta.

Bagi kereta Myvi edisi pertama tahun 2005 caj loading adalah 10%.

No Claim Discount (NCD)

NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa mengira harga insurans kereta Myvi dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya.

TAHUN PERTAMA 0%
TAHUN KEDUA 25%
TAHUN KETIGA 30%
TAHUN KEEMPAT 38.33%
TAHUN KELIMA 45%
TAHUN KEENAM & SETERUSNYA 55%

Anda harus ingat, apabila masuk tahun ke enam, diskaun NCD ini kekal jika tiada sebarang tuntutan insurans. Oleh kerana itu apabila masuk tahun ke tujuh, anda merasa bayaran insuran dengan tiba-tiba naik mahal sedikit. Ini adalah kerana diskaun NCD sudah kekal pada 55% dan ada caj loading untuk umur kenderaan sebanyak 5%.

Perlindungan Tambahan

Apa dia perlindungan tambahan? Perlindungan tambahan yang biasa orang ambil untuk insuran kereta Perodua Myvi adalah tambahan insuran cermin kereta. Tetapi anda boleh juga ambil perlindungan tambahan lain:

Sila nyatakan dengan jelas kepada pegawai kami apa-apa tambahan yang diperlukan. Adalah diingatkan, apabila membuat tuntutan insuran cermin, ia tidak akan mengganggu diskaun NCD anda. Ini antara sebab ramai orang memilih untuk mengambil insuran cermin.

Akhir Kata

Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda akanĀ menghubungi kami ataupun terus isi borang permohonan secara online.

Keistimewaan servis kami adalah:

  1. Anda tidak perlu pergi ke bank untuk mengambil geran kereta Perodua Myvi anda yang asal.
  2. Semua urusan boleh dibuat terus di sini.
  3. Cukai jalan serta nota perlindungan anda akan dihantar terus ke alamat anda.
  4. Kami akan sesuaikan sebutharga mengikut bajet anda. Beritahu kami jika anda tidak puas hati dan kami akan buat sampai anda puas hati!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Back to Top