Harga Insurans Kereta Axia

harga insurans kereta axia

Adakah anda mencari harga insurans kereta Axia? Sila teruskan baca jika anda ingin tahu bagaimana syarikat insurans mengira harga insurans kereta Axia. Perodua Axia adalah kereta hatchback lima pintu yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Perodua. Ia telah dilancarkan pada 15 September 2014  sebagai pengganti kepada Perodua Viva. Kereta itu mengambil alih gelaran sebagai kereta yang paling mampu milik di Malaysia dari Perodua Viva. Axia adalah model pertama keluaran kilang baru di Rawang, Selangor.

Nama ‘Axia‘, yang disebut ‘a-zee-a’ atau ‘A-xia’, berasal dari perkataan Asia. Huruf ‘x’ dalam ‘Axiajuga mewakili bilangan sepuluh, iaitu model kesepuluh Perodua

Pengiraan Harga Insurans Kereta Axia

Kami di MYroadtax.com ingin memberikankan anda perlindungan yang terbaik tetapi mengikut bajet anda juga. Oleh itu sila sampaikan maklumat yang betul kepada pegawai kami bagi mendapatkan pengiraan yang tepat untuk harga insurans kereta Axia. Tidak guna anda tipu kerana jika berlaku kemalangan atau kecurian, tuntutan insuran kereta Perodua Axia anda akan ditolak.

Anda boleh berbincang dengan pegawai kami bagi menyesuaikan dengan bajet anda. InsyaAllah kami bagi yang terbaik. Kami tidak galakkan anda mengambil insuran 3rd party kerana jika berlaku kemalangan total loss, anda kerugian besar. Begitu juga jika berlaku kecurian, anda akan kehilangan segala-galanya. Pemilik motosikal dan kereta lama sahaja yang akan memilih insuran 3rd party.

Cara pengiraan harga insuran kereta Axia adalah dengan mengambil kira beberapa maklumat pemilik kereta dan juga maklumat kereta itu sendiri. Oleh itu adalah penting untuk anda memberikan jenama dan model terperinci serta jenis transmisi manual atau automatik. Kesemua ciri-ciri ini membezakan harga pasaran semasa kereta Perodua Axia. Maklumat-maklumat penting lain yang diambil kira:

  1. Umur pemandu/pemilik
  2. Sejarah tuntutan
  3. Kapasiti enjin
  4. Umur kenderaan
  5. NCD
  6. Perlindungan Tambahan

Umur Pemandu/Pemilik

Terdapat tambahan caj loading untuk umur pemandu yang kurang daripada 25 tahun dan lebih daripada 65 tahun. Caj loading ini dikenakan kerana risiko kemalangan yang tinggi untuk pemandu yang muda dan lanjut usia. Mungkin kerana mereka yang berdarah muda kurang pengalaman, kerap memandu laju dan melulu manakala bagi mereka yang tua, mungkin penglihatan sudah kabur dan tindak balas kurang cekap.

Sejarah Tuntutan

Terdapat juga caj loading berdasarkan sejarah tuntutan pemandu. Oleh itu dinasihatkan pemilik tidak membuat tuntutan atas kemalangan kecil. Kalau boleh selesaikan secara baik dengan pihak yang terlibat tanpa membuat tuntutan insuran kereta Perodua Axia.

Kapasiti Enjin, Transmisi & Varian

Kapasiti enjin Perodua Axia hanya 1.0L tetapi ia mempunyai dua jenis tansmisi iaitu  automatik ataupun manual. Transmisi manual mempunyai 5 tahap kelajuan manakala transmisi automatik miliki hanya 4 tahap kelajuan. Pastikan anda memberitahu kami jenis transmisi Perodua Axia anda.

Harga insurans kereta Axia juga berbeza mengikut varian kereta. Sila jelaskan kereta Perodua Axia anda adalah Advance/SE atau Standard.

Umur Kenderaan

Umur kereta Perodua Axia yang dikeluarkan pada tahun 2014 masih dibawah 7 tahun untuk tahun 2016 ini. Oleh itu tiada sebarang caj loading untuk anda buat masa ini. Tetapi jika umur kereta Perodua Axia anda cecah 7 tahun, anda akan dikenakan caj loading 5%. Apabila umur  kereta cecah 11 tahun akan ada caj loading 10%. Jika umur kereta cecah 16 tahun akan tambah caj loading maksima 15%. Ini kerana berdasarkan statistik kemalangan jalan raya, umur kereta berkait rapat dengan prestasi kereta diatas jalan raya. Risiko berlaku kemalangan meningkat dengan umur kereta.

No Claim Discount (NCD)

NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa mengira harga insurans kereta Axia dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya.

TAHUN PERTAMA 0%
TAHUN KEDUA 25%
TAHUN KETIGA 30%
TAHUN KEEMPAT 38.33%
TAHUN KELIMA 45%
TAHUN KEENAM & SETERUSNYA 55%

Anda harus ingat, apabila masuk tahun ke enam, diskaun NCD ini kekal jika tiada sebarang tuntutan insurans. Oleh kerana itu apabila masuk tahun ke tujuh, anda merasa bayaran insuran dengan tiba-tiba naik mahal sedikit. Ini adalah kerana diskaun NCD sudah kekal pada 55% dan ada caj loading untuk umur kenderaan sebanyak 5%.

Perlindungan Tambahan

Apa dia perlindungan tambahan? Perlindungan tambahan yang biasa orang ambil untuk insuran kereta Perodua Axia adalah tambahan insuran cermin kereta. Tetapi anda boleh juga ambil perlindungan tambahan lain:

Sila nyatakan dengan jelas kepada pegawai kami apa-apa tambahan yang diperlukan. Adalah diingatkan, apabila membuat tuntutan insuran cermin, ia tidak akan mengganggu diskaun NCD anda. Ini antara sebab ramai orang memilih untuk mengambil insuran cermin.

Akhir Kata

Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda akan menghubungi kami ataupun terus isi borang permohonan secara online.

Keistimewaan servis kami adalah:

  1. Anda tidak perlu pergi ke bank untuk mengambil geran kereta Perodua Axia anda yang asal.
  2. Semua urusan boleh dibuat terus di sini.
  3. Cukai jalan serta nota perlindungan anda akan dihantar terus ke alamat anda.
  4. Kami akan sesuaikan sebutharga mengikut bajet anda. Beritahu kami jika anda tidak puas hati dan kami akan buat sampai anda puas hati!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on: ,
Back to Top