Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun kali ini, Proton turut menawarkan pakej trade-in kepada pelanggannya.

Ujarnya, tahun ini merupakan tahun yang istimewa bagi proton, sejak model Proton Saga pertama dikeluarkan, syarikat itu telah membantu memacu ekonomi Malaysia terutamanya bagi industri automotif.

Tahun ini saja katanya, Proton telah menyaksikan sebanyak 4 juta kenderaan telah dikeluarkan.

“Bagi tawaran ini, pemilik Proton boleh trade-in kereta lama dan digantikan dengan kereta Proton baharu dan juga akan menerima rebat sebanyak RM100 bagi setiap tahun semasa kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Proton turut menawarkan harga terendah bagi model Proton Saga iaitu sebanyak RM30,000 termasuk insurans dan cukai jalan.

“Kami turut menubuhkan dana di mana kita akan menyumbangkan RM30 bagi setiap pembelian kereta Proton untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menikmati promosi kadar faedah 1.99 peratus setahun bagi mo­del Saga dan Iriz terpilih, skim pembiayaan 100 peratus bagi kakitangan kerajaan dan banyak lagi,” katanya.

Tawaran bersempena ulang tahun ke-30 Proton itu sah dari 9 Julai hingga 30 September 2015 di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.

Selain rebat diatas, pembeli juga dapat tawaran promosi harga diskaun untuk akhir tahun 2015. Sila klik pada pautan berikut untuk melihat harga kereta Proton:

Walaupun pengumuman rasmi daripada Proton adalah tempoh promosi hanya sehingga September 2015, tetapi khabar daripada ejen jualan adalah promosi ulang tahun Proton masih ada untuk bulan Oktober 2015  ini.

Yang pasti pemain industri otomotif sudah membayangkan peningkatan harga kereta daripada 20% sehingga 30% pada tahun depan.

Terima kasih kerana membaca artikel ini dan sila kongsikan menggunakan butang media  sosial di bawah.