Cara Guna Sistem MotorTakaful

Terima kasih kerana mengunjungi laman web MYroadtax.com untuk memperbaharui insuran kereta anda. Sistem MotorTakaful eTiQa sangat mudah digunakan kerana ia berbentuk interaktif tetapi bagi anda yang memerlukan panduan, boleh rujuk tutorial bergambar cara guna sistem MotorTakaful di bawah.

Anda perlu sediakan lampiran geran kereta ataupun nota perlindungan kereta tahun lepas. Maklumat yang diperlukan ada dalam dokumen-dokumen tersebut.

Cara Guna Sistem Motortakaful

cara guna sistem motortakaful

Sila masukkan nombor pendaftaran kereta dan juga nombor casis kereta anda. Selepas itu masukkan nombor mykad dan juga nama syarikat insuran sebelum ini. Selepas itu sila tekan butang “Semak NCD”.

 

motortakaful-myroadtax.com-02

Pengesahan NCD anda berjaya jika maklumat semua betul. Jika tidak, sila semak maklumat yang di isi sebelum ini dan betulkan mana yang salah. Selepas itu sila tekan butang “Hantar”.

 

motortakaful-myroadtax.com-03

Sila pilih “Tidak” untuk soalan ini.

 

motortakaful-myroadtax.com-04

Sila masukkan maklumat terkini anda. Selepas itu sila semak untuk memastikan semua maklumat betul.

 

 

motortakaful-myroadtax.com-05

Sekarang masukkan maklumat kereta pula. Sila rujuk salinan geran atau nota perlindungan insuran anda. Lokasi kereta anda di simpan pada waktu malam adalah amat penting semasa membuat tuntutan.

 

motortakaful-myroadtax.com-06

Sila masukkan maklumat lokasi kenderaan anda jika ia tidak sama dengan alamat di atas tadi. Sila nyatakan juga ciri-ciri keselamatan lain yang dimiliki oleh kereta anda. Sandblasting adalah tambahan cetakan nomborĀ  pendaftaran kereta pada cermin kereta depan dan belakang.

 

motortakaful-myroadtax.com-07

Kelayakkan NCD anda sudah dikira secara automatik apabila anda berikan maklumat sebelum ini.

 

motortakaful-myroadtax.com-08

Jumlah perlindungan untuk kereta anda juga dikira secara automatik daripada maklumat yang diberikan dengan rujukan pengkalan database ISM. Anda boleh ubah nilai ini mengikut kebenaran sistem. Contoh di atas adalah dalam lingkungan RM12,000 sampai RM14,000 sahaja.

 

motortakaful-myroadtax.com-09

Disini anda perlu masukkan insuran tambahan lain yang anda mahu. Boleh rujuk laman web kami untuk maklumat mengenai LLP dan LLTP. Jika anda tinggal di lembah Klang pula anda mungkin perlu ambil insuran mogok, rusuhan dan kegemparan awam kerana sekarang ini makin banyak acara demonstrasi jalanan yang berlaku di ibu negara.

Selain itu jika anda tinggal di kawasan yang ada risiko banjir bermusim atau banjir kilat, boleh ambil insuran banjir. Insuran cermin kereta juga berguna kerana apabila anda membuat tuntutan, ia tidak akan ganggu diskaun NCD kereta anda. Urusan tuntutan juga senang dilakukan dimana-mana bengkel panel secara terus tanpa perlu tunggu siasatan atau masuk mahkamah.

 

motortakaful-myroadtax.com-10

Sila nyatakan jumlah pemandu untuk kereta tersebut. Anda cuma dapat 2 pemandu percuma. Tambahan pemandu akan dikenakan caj RM10. Sila nyatakan kesemua pemandu disini jika anda tidak mahu didenda jika berlaku kemalangan dan orang lain selain pemilik yang memandu kereta berkenaan masa kejadian. Contohnya kereta atas nama isteri tetapi yang memandu adalah suami. Oleh itu sila masukkan nama dan tarikh lahir suami.

 

motortakaful-myroadtax.com-11

Kiraan insuran akan dibuat secara automatik. Sila tekan butang “Kira” jika anda ada buat perubahan dan mahu sistem mengira semula. Selepas selesai buat perubahan sila tekan butang “Hantar”.

 

motortakaful-myroadtax.com-12

Satu rumusan maklumat perlindungan dan sebutharga akan diberikan. Sila semak semula dengan teliti.

 

motortakaful-myroadtax.com-13

Sila tekan butang “Saya setuju” untuk terus membuat bayaran secara online.

 

motortakaful-myroadtax.com-14

Anda boleh rujuk pada bahagian mana anda berada di atas kepala borang.

 

motortakaful-myroadtax.com-15

Pilihan bayaran pertama adalah melalui sistem perbankan internet Maybank2u.

 

motortakaful-myroadtax.com-16

Pilihan kedua adalah sistem perbankan internet FPX untuk bank-bank lain seperti dalam senarai di atas.

 

motortakaful-myroadtax.com-17

Pilihan kegemaran ramai orang adalah membuat bayaran menggunakan kad kredit Visa, Mastercard atau Amex.

 

motortakaful-myroadtax.com-18

Contoh bayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sila masukkan malumat kad kredit anda.

 

motortakaful-myroadtax.com-19

Tidak pernah guna kad k redit untuk bayaran online? Anda harus telefon bank untuk mengaktifkan fungsi pembayaran internet menggunakan kad kredit terlebih dahulu. Sistem akan menghantar kod MSOS menggunakan SMS ke nombor telefon bimbit anda.

 

motortakaful-myroadtax.com-20

Ini adalah contoh mesej SMS yang mengandungi kod MSOS tersebut.

 

motortakaful-myroadtax.com-21

Selepas itu sila tunggu sebentar sementara sistem MotorTakaful mengemaskini pengkalan data JPJ. Ini adalah sebab kenapa sistem MotorTakaful cuma boleh berfungsi pada waktu pejabat JPJ.

 

motortakaful-myroadtax.com-22

Notis proses pembelian insuran kereta dan transaksi berjaya. Sekarang anda boleh buat cukai jalan pula dengan menggunakan sistem tiket MYroadtax atau walk in ke cawangan MyEG kami.

 

motortakaful-myroadtax.com-23Maklumat resit dan juga nota perlindungan anda boleh di cetak menggunakan sistem MotorTakaful. Dokumen adalah dalam bentuk PDF jadi anda boleh juga simpan satu salinan softcopy dalam hard disk.

 

Terima kasih kerana baca cara guna sistem MotorTakaful MYroadtax.com dan kami jemput anda buat bayaran insuran kereta secara online sekarang. Tolong kongsikan panduan ini dengan menggunakan butang media sosial di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on:
Back to Top