Naik Taraf Keahlian PUIM & Aktifkan Kod Seal Domain

panduan-naik-taraf-keahlian-puim-myroadtax.com Admin website sibuk proses renew road tax dan insuran kereta sehingga tidak perasan keahlian PUIM sudah tamat tempoh. Oleh itu admin perlu buat bayaran yuran keahlian sebanyak RM50 setahun untuk mengaktifkan semula keahlian PUIM. Ini adalah panduan bergambar naik taraf keahlian PUIM.

Panduan Bergambar Naik Taraf Keahlian PUIM

Jika anda belum mendaftar sebagai ahli PUIM, boleh daftar keahlian PUIM dengan percuma sahaja. Selepas itu sila login ke dalam akaun. naik-taraf-keahlian-puim-step01-myroadtax.com   Ya, status keahlian untuk domain MYroadtax.com sudah luput.   naik-taraf-keahlian-puim-step02-myroadtax.com   Semakan dalam maklumat akaun juga menunjukkan keahlian PUIM cuma jadi ahli biasa atau free member.Tarikh luput yang tertera adalah tidak benar. Akaun keahlian luput pada bulan Mei 2015 hari tu. Jadi untuk naik taraf keahlian PUIM, kita cuma perlu tekan butang “naiktaraf Keahlian”..   naik-taraf-keahlian-puim-step03-myroadtax.com   Sudah cukup untuk kita pilih keahlian Premium SILVER kerana 1 domain hanya memerlukan 1 kredit domain. Bayaran RM50 adalah untuk 1 tahun dengan 3 kod verifikasi domain.   naik-taraf-keahlian-puim-step04-myroadtax.com   Maklumat bayaran akaun PUIM untuk Maybank dan juga CIMB.   naik-taraf-keahlian-puim-step05-myroadtax.com   Anda boleh buat bayaran menggunakan Maybank2u atau CIMB Clicks. Boleh masukkan nombor telefon atau alamat email sebagai rujukan transaksi. Recipient reference pula adalah PUIM-SILVER supaya pihak PUIM mudah untuk buat verfikasi transaksi.   naik-taraf-keahlian-puim-step06-myroadtax.com   Selepas bayaran dibuat, anda perlu muat turun resit transaksi dengan menekan butang “Print receipt”.   naik-taraf-keahlian-puim-step07-myroadtax.com   Tekan bahagian bulatan kuning  untuk muat turun fail PDF resit bayaran. naik-taraf-keahlian-puim-step08-myroadtax.com   Selepas bayaran dibuat, anda perlu pula memberikan notis atau notifikasi bayaran kepada pihak PUIM. Isikan borang butir bayaran dengan lengkap. Selepas itu muat naik resit transaksi Maybank2u tadi. Jika bayaran dilakukan di  mesin ATM atau CDM, bolehlah ambil gambar resit dengan menggunakan smartfon. Sesudah selesai muat naik fail bukti bayaran, sila tekan butang “Bayar Deposit” warna biru di atas.   naik-taraf-keahlian-puim-step09-myroadtax.com Anda akan dapat mesej bayaran anda sedang diproses oleh pihak PUIM. Sila tunggu dalam 1-2 hari  bekerja sebelum anda akan terima email daripada pihak PUIM seperti di bawah. naik-taraf-keahlian-puim-step10-myroadtax.com Pembayaran naik taraf keahlian PUIM Premium SILVER telah diproses dan disahkan. Sekarang adalah masa untuk login ke akaun dan gunakan kredit domain untuk altifkan semula domain MYroadtax.com secepat mungkin. Oleh kerana Kod Seal Domain masih ada di website, admin tidak perlu buat apa-apa modifikassi pada HTML lagi. Bila tekan butang sahaja terus status tukar ke aktif dan Seal Domain Keahlian PUIM terus terpampang di laman web seperti biasa. Sila rujuk footer laman MYroadtax.com untuk Seal Domain PUIM.

Seal Domain Keahlian PUIM boleh diletakkan dalam mana-mana ruangan laman web asalkan ia berada domain yang sudah didaftarkan. Terima kasih kerana baca panduan naik taraf keahlian PUIM ini. Sila gunakan butang media sosial dibawah untuk kongsikan panduan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on:
Back to Top