Sindiket Jual Kereta Murah Skrap Singapura

kereta-murah-skrap-daripada-singapura-myroadtax.com

Jangan terpedaya dengan iklan kereta murah skrap Singapura di internet. Kereta ini semua adalah haram disisi undang-undang Malaysia. Kereta akan kena rampas dan anda kena denda. Kereta murah skrap Singapura ini juga terkenal dengan nama kereta klon.

Kita sedia maklum semua orang sakit hati dengan harga mahal kereta-kereta di Malaysia. Bukan sahaja kereta import malah kereta buatan negara sendiri pun mahal. Kerana itu ramai rakyat yang terliur tengok harga kereta murah skrap Singapura dan akhirnya tergoda untukĀ  memiliki sebuah kereta klon.

testimoni-pelaggan-kereta-murah-skrap-singapura-myroadtax.com

Kualiti kereta-kereta ini sangat bagus dan setaraf dengan kereta recondition daripada Eropah dan Jepun tetapi harga kereta klon ini sangat murah.

Sudah bertahun-tahun lamanya industri kereta murah skrap daripada Singapura ini bertapak di negara Malaysia. Pihak berkuasa tidak mampu untuk membanteras jenayah ini atas sebab-sebab tertentu. Tetapi semenjak zaman teknologi internet ini, pihak sindiket jadi lebih berani dengan mengiklan kereta murah skrap Singapura secara terang-terangan di laman Facebook dan forum-forum kereta.

Iklan Kereta Murah Skrap Singapura

iklan-kereta-skrap-murah-singapura-metro

Sindiket menjual kereta skrap murah Singapura dikesan menggunakan laman sosial untuk menjual kereta klon di negara ini bagi menarik minat pembeli selain mengelak dikesan pihak berkuasa.

Walaupun mengakui kereta dijual dari negara jiran itu tidak mempunyai beberapa dokumen penting terutama geran, penjual sedaya upaya meyakinkan pembeli kenderaan itu tidak menyalahi undang-undang dan boleh digunakan di negara ini.

keratan-akhbar-kereta-skrap-murah-singapura-metro

Seorang penjual dikenali sebagai Wan, 30-an, berkata, semua kereta yang dijual berada di gudang di Singapura sebelum dilupuskan, namun ketika menunggu tempoh berkenaan, ia boleh dibeli bagi sesiapa berminat.

Katanya, sekiranya setuju, seseorang itu boleh membuat tempahan dengan membayar 50 peratus atau deposit harga kereta itu sebelum bakinya dilunaskan ketika kenderaan itu diserahkan kepada pembeli.

Menurutnya, pembeli diberikan kad log yang didakwa digunakan untuk menghidupkan cukai jalan dan insurans dengan hanya membayar RM1,150 setahun tanpa mengira jenis kereta.

Sumber: Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on: ,
Back to Top