Operasi MYroadtax Untuk Aidilfitri 2015

IMG_20150626_195537

Seperti tahun-tahun lepas, cuti Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma jadi kami di MYroadtax.com juga menyambut Aidilfitri seperti orang lain. Cuti pun lama juga.

Operasi MYroadtax

Untuk pengetahuan para pelanggan, urusan pembaharuan cukai jalan secara online atau menggunakan whatsapp diberhentikan sementara pada hari ini 10/7/2015 jam 4pm. Penghantaran terakhir sudah dibuat. Sila rujuk notis Pos Laju di atas.

Jika anda berkeras hendak buat juga, cukai jalan anda akan sampai paling awal 2 minggu selepas hari Raya. Ini berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelum ini.

Tetapi semua urusan pembelian insuran masih boleh dibuat sehingga hari terakhir kiosk MyEG buka. Anda cuma perlu pergi ke pejabat pos atau cawangan JPJ terdekat untuk cetak cukai jalan. Malas nak beratur panjang, boleh pergi ke cawangan-cawangan kiosk MyEG kami.

Kami akan mula beroperasi seperti biasa pada 21/7/2015.

21 JulaiĀ  2015 hari Selasa.

Waktu Operasi dan Cuti Kiosk MyEG

Hari terkahir untuk anda walkin ke cawangan-cawangan kiosk MyEG adalah pada 15/7/2015 iaitu hari Rabu minggu depan.

Semua kiosk MyEG akan buka semula pada 21/7/2015 iaitu hari Selasa.

Kiosk MyEG akan tutup 5 hari untuk cuti sambutan Aidilfitri pada: 16hb sehingga 20hb

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan dan pelawat laman MYroadtax.com

Maaf Zahir Batin jika ada salah dan silap selama berurusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on: ,
Back to Top