Facebook MYroadtax Palsu

facebook-myroadtax--palsu-myroadtax.com

Alamak! Sudah ada laman bisnes Facebook MYroadtax palsu di luar sana. Ya! Facebook palsu. Laman Facebook MYroadtax bukan kena hack kerana kami tidak pernah buat laman Facebook. Zaman sekarang ini memang banyak sungguh laman Facebook palsu yang dibuat untuk tujuan politik, jenaka, jenayah, menjatuhkan maruah orang terkenal seperti artis dan juga menteri.

Laman Facebook MYroadtax palsu ini mula beroperasi pada 24 Mei 2015. Jika perhatikan betul-betul gambar di bawah, seramai 379 orang yang  sudah kena tipu.

bukti-laman-facebook-myroadtax-palsu-myroadtax.com

Carian menggunakan khidmat enjin carian Google dengan kata kunci “facebook myroadtax.com” akan tersenarai laman Facebook MYroadtax palsu seperti dibawah.

carian-google-facebook-myroadtax-palsu-myroadtax.com

Ingatkan cukai jalan dan geran kereta sahaja yang ada palsu atau klon, sekali laman Facebook pun ada.

Kami tidak nafikan bahawa perkhidmatan MYroadtax menjadi buah mulut orang ramai dan kami mempunyai ramai pelanggan diseluruh Malaysia yang sangat berpuasa hati sehingga admin tidak larat nak kemaskini testimoni pelanggan di laman web.

Tetapi sejak akhir-akhir ini kami dapati ada pelanggan yang menghubungi kami dan memberitahu bahawa cukai jalan masih tidak terima walaupun bayaran sudah dibuat. Semakan pegawai terlatih kami dalam sistem dapati bahawa pelanggan tersebut bukanlah pelanggan MYroadtax sebenarnya walaupun pelanggan berkeras hati bahawa mereka berurusan dengan MYroadtax.

Pelanggan siapa ini sebenarnya?  Duit ratus ringgit sudah dibayar untuk insuran kereta dan juga cukai jalan, tetapi cukai jalan tidak dapat-dapat juga. Kena tipu pula tu, memang nasib malang betul.

Selama ini kami tidak kisah sangat walaupun ada laman blog seperti Melvister yang mencuri grafik kami untuk artikel cermin gelap kereta tanpa kebenaran. Walaupun kami sudah tegur namun grafik tersebut masih digunakan oleh Melvister. Sudah terbukti ada blogger yang tidak beretika, tetapi ia bukanlah satu kesalahan jenayah.

Tetapi kali ini kami tidak boleh duduk diam kerana perbuatan mencuri hak cipta atau IP (intellectual property rights) adalah satu kesalahan sivil dan juga jenayah. Boleh rujuk laman web www.myipo.gov.my kerana ia adalah satu undang-undang yang termaktub dalam akta dan bukan satu omong-omong kosong. Pihak MYroadtax boleh menyaman pengendali Facebook MYroadtax palsu untuk mendapatkan ganti rugi selama mana ia beroperasi.

Bukan sahaja penjahat ini mencuri pelanggan kami yang tidak bersalah, malah jika berlaku apa-apa kes penipuan, kami yang mungkin akan dipersalahkan. Oleh itu satu laporan polis akan dibuat atas nasihat peguam kami.

Sekali lagi ditekankan:

  • MYroadtax.com tidak pernah ada dan tidak bercadang untuk membuka laman Facebook.
  • MYroadtax.com tidak pernah buka cawangan kiosk MyEG di Larkin, Johor Bahru.
  • MYroadtax.com tidak pernah mengambil pekerja dengan nama gelaran pakcu.
  • MYroadtax.com tidak pernah menggunakan nombor talian hotline whatsapp/sms selain 019-2839090.

Harap maklum.

Sila kongsikan artikel ini dengan keluarga, rakan dan kenalan agar mereka tidak akan jadi mangsa penipuan. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on:
Back to Top