Insuran Kereta Proton Preve

insuran-kereta-pronton-preve-myroadtax.comKereta Proton Preve

Proton Preve merupakan kereta sedan padat empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Persona dan Proton Gen-2. Proton Preve dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo. Proton Preve telah diperkenalkan di KLIMS pada tahun 2010 dengan nama prototype Proton Tuah.

Pengiraan Insuran Kereta Proton Preve

Kami di MYroadtax.com ingin memberikankan anda perlindungan yang terbaik tetapi mengikut bajet anda juga. Oleh itu sila sampaikan maklumat yang betul kepada pegawai kami bagi mendapatkan pengiraan yang tepat untuk insuran kereta Proton Preve. Tidak guna anda tipu kerana jika berlaku kemalangan atau kecurian, tuntutan insuran kereta Proton Preve anda akan ditolak.

Anda boleh berbincang dengan pegawai kami bagi menyesuaikan dengan bajet anda. InsyaAllah kami bagi yang terbaik. Kami tidak galakkan anda mengambil insuran 3rd party kerana jika berlaku kemalangan total loss, anda kerugian besar. Begitu juga jika berlaku kecurian, anda akan kehilangan segala-galanya. Pemilik motosikal dan kereta lama sahaja yang akan memilih insuran 3rd party.

Cara pengiraan insuran kereta Proton Preve adalah dengan mengambil kira beberapa maklumat pemilik kereta dan juga maklumat kereta itu sendiri. Oleh itu adalah penting untuk anda memberikan jenama dan model terperinci serta jenis transmisi manual atau automatik. Kesemua ciri-ciri ini membezakan harga pasaran semasa kereta Proton Preve. Maklumat-maklumat penting lain yang diambil kira:

  1. Umur pemandu/pemilik
  2. Sejarah tuntutan
  3. Kapasiti enjin
  4. Umur kenderaan
  5. NCD
  6. Perlindungan Tambahan

Umur Pemandu/Pemilik

Terdapat tambahan caj loading untuk umur pemandu yang kurang daripada 25 tahun dan lebih daripada 65 tahun. Caj loading ini dikenakan kerana risiko kemalangan yang tinggi untuk pemandu yang muda dan lanjut usia. Mungkin kerana mereka yang berdarah muda kurang pengalaman, kerap memandu laju dan melulu manakala bagi mereka yang tua, mungkin penglihatan sudah kabur dan tindak balas kurang cekap.

Sejarah Tuntutan

Terdapat juga caj loading berdasarkan sejarah tuntutan pemandu. Oleh itu dinasihatkan pemilik tidak membuat tuntutan atas kemalangan kecil. Kalau boleh selesaikan secara baik dengan pihak yang terlibat tanpa membuat tuntutan insuran kereta Proton Preve.

Kapasiti Enjin

Kapasiti enjin Proton Preve hanya 1.6L tetapi ia mempunyai dua jenis varian iaitu CamPro IAFM yang kurang popular dan CamPro CFE Turbo. Kekurangan kuasa dan tork untuk enjin IAFM menyebabkan kuasa pecutan dan prestasi keseluruhan yang kurang memberangsangkan. Harga pasaran kereta Proton Preve ini berbeza mengikut jenis varian yang dimiliki. Pastikan anda memberitahu kami jenis varian kereta Proton Preve anda.

Umur Kenderaan

Umur kereta Proton Preve yang dikeluarkan pada tahun 2012 masih dibawah 7 tahun untuk tahun 2014 ini. Oleh itu tiada sebarang caj loading untuk anda buat masa ini. Tetapi jika umur kereta Proton Preve anda cecah 7 tahun, anda akan dikenakan caj loading 5%. Apabila umurĀ  kereta cecah 11 tahun akan ada caj loading 10%. Jika umur kereta cecah 16 tahun akan tambah caj loading maksima 15%. Ini kerana berdasarkan statistik kemalangan jalan raya, umur kereta berkait rapat dengan prestasi kereta diatas jalan raya. Risiko berlaku kemalangan meningkat dengan umur kereta.

No Claim Discount (NCD)

NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa memperbaharui insuran kereta Proton Preve dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya.

TAHUN PERTAMA 0%
TAHUN KEDUA 25%
TAHUN KETIGA 30%
TAHUN KEEMPAT 38.33%
TAHUN KELIMA 45%
TAHUN KEENAM & SETERUSNYA 55%

Anda harus ingat, apabila masuk tahun ke enam, diskaun NCD ini kekal jika tiada sebarang tuntutan. Oleh kerana itu apabila masuk tahun ke tujuh, anda merasa bayaran insuran dengan tiba-tiba naik mahal sedikit. Ini adalah kerana diskaun NCD sudah kekal pada 55% dan ada caj loading untuk umur kenderaan sebanyak 5%.

Perlindungan Tambahan

Apa dia perlindungan tambahan? Perlindungan tambahan yang biasa orang ambil untuk insuran kereta Proton Preve adalah tambahan insuran cermin kereta. Tetapi anda boleh juga ambil perlindungan tambahan lain:

Sila nyatakan dengan jelas kepada pegawai kami apa-apa tambahan yang diperlukan.

Akhir Kata

Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda akanĀ menghubungi kami ataupun terus isi borang permohonan secara online.

Keistimewaan servis kami adalah:

  1. Anda tidak perlu pergi ke bank untuk mengambil geran kereta Proton Preve anda yang asal.
  2. Semua urusan boleh dibuat terus di sini.
  3. Cukai jalan serta nota perlindungan anda akan dihantar terus ke alamat anda.
  4. Kami akan sesuaikan sebutharga mengikut bajet anda. Beritahu kami jika anda tidak puas hati dan kami akan buat sampai anda puas hati!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Back to Top