Bahaya Insuran Kereta Murah

insuran-kereta-murah-myroadtax.com

Bahaya Ke Insuran Kereta Murah?

Anda mencari insuran kereta murah?

Sudah pasti, kerana itu anda datang ke sini.

Kenapa ramai orang mencari insuran kereta murah?

Kerana ingin menjimatkan duit.

Tetapi tahukah anda akan bahaya ambil insuran kereta murah?

Tidak. Bahaya ke?

Motif Ejen Tawar Insuran Kereta Murah

Memang saya pasti kami akan mendapat cemuhan dan kritikan hebat  daripada ramai ejen insuran diluar sana atas pembongkaran ini. Ramai ejen insuran hanya ingin membuat jualan dan mendapatkan pelanggan tanpa menghiraukan perlindungan anda. Motif utama mereka hanya keuntungan sahaja. Mereka memainkan kad kebarangkalian yang anda tidak akan ditimpa kemalangan dan membuat tuntutan.

Kami di MYroadtax.com hanya menjalankan perniagaan insuran takaful kenderaan berlandaskan syariat Islam. Pakej perlindungan insuran yang ditawarkan hanya dalam bentuk takaful iaitu:

  • etiqa takaful
  • takaful ikhlas

Hukum Berniaga

Oleh itu hukumnya adalah wajib, bukan harus lagi untuk kami menerangkan keadaan yang sebenar dan memberi perlindungan yang terbaik untuk anda  sekeluarga. Ia juga adalah tanggungjawab sosial kami kepada anda.

Lebihan Keuntungan

Bukan sahaja itu, lebihan daripada keuntungan dalam tabung takaful setiap tahun akan dibahagikan secara adil kepada kesemua peserta takaful.

Bagaimana Ejen Tawar Insuran Kereta Murah

Ada berbagai muslihat ejen insuran untuk menarik perhatian anda. Kami akan bongkarkan satu persatu disini.

Harga Pasaran Kenderaan

Sebab utama insuran kereta murah adalah kerana harga pasaran kenderaan. Tahukah anda akan harga pasaran kenderaan anda tahun ini? Bagaimana pula dengan tahun depan? Bukan senang nak tahu kan. Kerana itu ramai ejen insuran akan ambil harga terendah dalam iklan-iklan kenderaan di pasaran. Harga jualan kenderaan tersebut mungkin murah atau rendah kerana:

  • kenderaan mengalami kemalangan
  • kenderaan terlibat dalam banjir
  • pemilik ingin cepat jual kerana ingin keluar negara
  • pemilik terdesak mahukan wang dengan seberapa segera

Sedangkan kenderaan anda pula masih dalam keadaan elok dan anda sudah pasti tidak terdesak. Anda cuma mahukan perlindungan yang sepatutnya. Apabila ejen menawarkan insuran kereta murah kepada anda, sudah pasti anda yang akan kerugian. Semua ini anda cuma sedar jika berlaku kemalangan atau kecurian dan anda ingin membuat tuntutan.

Tidak Kira Caj Loading Untuk Pemandu

Caj loading untuk umur  kenderaan tidak dapat disembunyikan oleh ejen insuran kerana ia dikira oleh sistem. Tetapi ramai ejen insuran yang tidak mengambil kira caj loading pemandu pertama, pemandu kedua, ketiga dan seterusnya. Jika ejen insuran anda tidak pernah minta mykad atau tanya umur pemandu-pemandu kereta tersebut, maknanya anda sudah kena tipu.

Mereka cuma buat tambahan nama pemandu tanpa mengenakan caj loading jika pemandu itu muda atau tua. Anda rasa anda jimat ke? Jika berlaku kemalangan, kes tuntutan anda akan ditolak begitu sahaja. Anda ingat ada perlindungan tetapi ia cuma perlindungan dalam dunia tidak nyata. Senang cakap janji kosong ejen insuran.

Tiada Insuran Tambahan

Ramai orang ingat apabila mengambil insuran kenderaan,  mereka sudah mendapat perlindungan daripada hujung rambut sehingga hujung kaki. Oh tidak. Insuran kenderaan asas hanya melindungi kenderaan anda dan juga tuntutan pihak ketiga. Biasa dengarkan orang cakap begini:

  • kau ambil sahaja insuran 3rd party  cukuplah, murah dan jimat
  • rugi ambil insuran lain-lain tu,  insuran 3rd party dah cover semua
  • buat apa bayar lebih, insuran 3rd party dah ok, janji kereta dah boleh gerak

Tetapi tahukah anda yang anda tidak akan mendapat perlindungan jika:

Bukan sahaja itu, jika anda terlibat dalam kemalangan, tiada perlindungan untuk pemandu dan penumpang. Langsung tidak ada apa-apa bentuk perlindungan untuk kos perubatan anda dan keluarga. Jika anda lumpuh lagi satu cerita dan jika kes berat berlaku iaitu kematian, tiada perlindungan masa depan untuk isteri dan anak-anak. Tidakkah anda mahu yang terbaik untuk mereka?

Insuran-insuran tambahan ini semua sudah diterangkan dalam entri-entri laman web  sebelum ini. Anda boleh klik pada tag maklumat disebelah kanan untuk penerangan LLP dan juga LLTP.

Anda risau dengar macam banyak sahaja insuran tambahan ni, mungkin harga dah jadi ribu raban. InsyaAllah tidak sampai begitu. Kami tidak paksa anda mengambil kesemua insuran tambahan. Anda boleh klik dahulu mana yang anda rasa perlu dan kami akan beri sebutharga. Jika anda tidak setuju, anda boleh minta pegawai kami buang mana insuran tambahan yang paling kurang risiko dan dapatkan sebutharga baru. Jika dah betul-betul puas hati baru bayar.

Setelah mendengar penerangan terperinci diatas, anda berani dan masih mahu ambil insuran kereta murah? Jom ambil insuran takaful kenderaan dengan kami.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Back to Top