Pelarasan Premium Insurans Bukan Perkara Baru (PIAM)

pelarasan premium insurans myroadtax.com

Pelarasan Premium Insurans Bukan Perkara Baru

Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) mengeluarkan kenyataan semalam di ibu negara bahawa pelarasan premium insurans kenderaan ini bukan perkara baru.  Tetapi semakkan di laman web PIAM masih tidak dikemaskini dengan berita kenaikan insuran kenderaan terbaru ini.

Sila baca kenyataan akhbar berkenaan:

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) hari ini menjelaskan bahawa, pelarasan premium insurans kenderaan bukanlah yang pertama kali dilakukan, sebaliknya perkara tersebut merupakan kali ketiga sejak diperkenalkan pada 2012.

PIAM dalam kenyataannya memberitahu, pelarasan premium insurans dibuat secara beransur-ansur di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu dan jumlahnya adalah kecil serta dilakukan secara berperingkat.

Menurut PIAM, Rangka Kerja Perlindungan Motor Barharu itu bertujuan mempertingkatkan kecekapan dalam penyediaan perlindungan motor oleh industri dengan pelarasan harga secara berperingkat bagi memastikan orang ramai mampu membeli premium insurans motor pada harga berpatutan.

Di bawah rangka kerja itu, jelasnya, pelarasan premium insurans tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

Jelas kenyataan itu lagi, bagi pelarasan tahun ini, motosikal 110cc sebagai contoh, akan mengalami kenaikan premium antara RM1 hingga RM3.50 setahun dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun, bagi tempoh yang sama,” jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, bagi bas ekspres, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang adalah kecil iaitu kurang 10 sen bagi setiap penumpang bagi setiap perjalanan.

Bagaimanapun, tidak ada pelarasan premium insurans bagi kenderaan yang membawa barangan komersial, teksi dan kereta sewa.

“Sementara itu, terdapat juga kelas-kelas kenderaan seperti bas sekolah, bas kilang, bas henti-henti dan bas pelancong serta kereta sewa, yang kadar premiumnya kekal seperti kadar sedia ada,” jelasnya.

Penjelasan PIAM itu berikutan laporan Utusan Malaysia kelmarin yang memetik Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Laporan itu turut menyebut, kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Sementara itu, menurut PIAM lagi, Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu itu merupakan satu langkah yang positif ke arah menggalakkan sektor insurans liberal seterusnya memperbaiki proses penyelesaian tuntutan.

Bagi tujuan itu katanya, pelbagai langkah telah diterima pakai oleh penanggung insurans, satu daripadanya pengenalan Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan (AACC) untuk memberikan bantuan kecemasan kepada pemegang polisi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Orang ramai boleh menghubungi talian hotline 24 jam 1300-22-11-88 yang menawarkan perkhidmatan menunda kemalangan dan akan memperjelaskan pertanyaan tuntutan,” katanya.

Persatuan tersebut turut menasihatkan pemilik polisi yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai rangka kerja insurans motor baharu supaya mengemukakan sebarang aduan atau pertanyaan kepada syarikat insurans masing-masing untuk maklumat selanjutnya.

Sumber: Utusan Online

 

Akhirnya PIAM mengeluarkan kenyataan mengenai pelarasan premium insurans ini. Banyak juga maklumat tambahan yang berguna untuk kita.

 

Jika anda ingin memperbaharui insuran kenderaan dan cukai jalan secara online, boleh juga disini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Back to Top