Premium Insuran Kenderaan Naik 2014

premium-insuran-kereta-naik-myroadtax.com

Semakan Premium Insuran Kenderaan Tahun 2014

Insuran kereta naik lagi? Tahun 2014 ini memang terkenal dengan tahun harga barang dan perkhidmatan naik. Kesan kenaikan harga ini adalah domino effect kenaikan harga minyak , tol dan tariff elektrik. Berita terbaru adalah insuran kereta naik lagi.

Untuk pengetahuan anda Bank Negara Malaysia(BNM) telah merangka satu Rangka Kerja Baru Perlindungan Motor (Rangka Kerja) dalam menangani isu struktur dalam sektor insurans motor pada tahun 2011. Ia adalah satu langkah untuk menaik taraf proses penyelesaian tuntutan dan pelaksanaan pelarasan premium insuran kenderaan secara beransur-ansur sehingga tahun 2016.

Sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja ini, semakan secara beransur-ansur kadar premium insuran kenderaan telah dilaksanakan mulai dari 16 Januari 2012. Antara faktor-faktor kenaikan premium insuran kenderaan adalah tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat dengan begitu ketara. Di samping itu, kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat.

Oleh itu pelarasan atau semakan kadar premium insuran kenderaan akan dikaji semula secara berkala iaitu setiap tahun bagi memastikan kadar premium yang terus selaras dengan kadar tuntutan. Rangka Kerja ini akan membuka jalan untuk penghapusan tariff premium insurans kenderaan pada 2016, di mana kadar premium insuran kenderaan akan disesuaikan mengikut profil risiko kenderaan yang lebih adil kepada pemilik kenderaan. Mereka yang mempunyai pengalaman tuntutan (NCD) yang baik akan menikmati kadar premium yang lebih baik daripada mereka yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi.

Bagi memastikan orang ramai sedar akan manfaat daripada Rangka Kerja ini, terutamanya dari segi naik taraf proses penyelesaian tuntutan insuran kenderaan, Bank Negara Malaysia dan industri insurans akan terus memberi maklumat kepada orang ramai mengenai isu-isu insuran kenderaan melalui program kesedaran pengguna mengenai semakan premium  insuran kenderaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Rangka Kerja ini bolehlah menghubungi Bank Negara Malaysia di talian hotline 1-300-88-5465 pada waktu pejabat.

Untuk makluman anda sekalian kami menerima surat rasmi ini daripada persatuan Malaysian Takaful Association bertajuk “New Motor Cover Framework – Gradual Premium Adjustment” memaklumkan akan kenaikan kadar premium insuran kenderaan pada 15 Februari 2014 akan datang, 11 hari sahaja lagi tu.

Pada masa artikel ini ditulis, semakan di laman web BNM, PIAM dan Persatuan Takaful Malaysia masih tidak dikemaskini dengan berita atau memo insuran kereta naik.

premium insuran kereta naik

Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP)

Apa itu MMIP? MMIP adalah sebuah entiti tujuan khas yang ditubuhkan dan dimiliki secara kolektif oleh semua syarikat insurans am yang beroperasi di Malaysia. Entiti ini akan memastikan kenderaan yang tidak berupaya mendapatkan perlindungan insurans motor di pasaran.

MMIP ditubuhkan pada tahun 1992. MMIP sebelum ini dikenali sebagai High Risk Motor Insurance Pool. Matlamat utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan insurans motor untuk kenderaan yang boleh dianggap ‘berisiko tinggi’ dan tidak mendapat perlindungan insuran kenderaan oleh mana-mana syarikat insurans tunggal. Surat di atas memaklumkan bahawa kesemua syarikat insuran  perlu berhenti daripada memberi  insuran MMIP  ini. Apa akan jadi dengan semua kenderaan lama yang berisiko tinggi di luar sana?

Bagi anda yang perlu memperbaharui insuran kenderaan dan cukai jalan boleh buat hari ini jika cukai jalan kereta anda akan mati dalam masa 2 bulan atau 60 hari. Jangan tunggu lepas 15 Februari 2014 nanti insuran kereta naik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Back to Top