Bahaya Bawa Penumpang Tanpa Insuran LLP

 bahaya bawa penumpang tanpa insuran llp myroadtax.com

Legal Liability of Passengers (LLP)

LLP juga dikenali sebagai legal liability of passengers for negligent acts. Apa maksud LLP? Ia adalah tindakan kecuaian oleh penumpang kenderaan anda yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada pihak ketiga.

Memang cukup bahaya bawa penumpang dalam kenderaan anda. Walaupun penumpang tersebut adalah keluarga terdekat seperti anak isteri, adik beradik, ibu bapa, mertua, adik, abang atau kakak ipar, saudara mara dan juga sepupu sepapat.

Sila baca dan bayangkan senario berikut:

Senario 1

Anda menumpangkan mak mertua ke stesen bas. Dalam perjalanan mak mertua anda meraba-raba barang dalam bakul dan buang sesuatu ke luar tingkap. Biasalah orang tua ni jenis bukan kisah dengan orang lain, dia aje yang betul.

Sekali sampah yang dibuang terkena dengan motosikal yang mengekori anda sampai pemandu motosikal terlibat dalam satu kemalangan kecil. Anda pun memberhentikan kereta di lorong kecemasan.

Senario 2

Anda dalam perjalan balik kampung dan sudah 2 jam perjalananmengikuti lebuhraya yang  agak sesak. Anak-anak beritahu yang mereka perlu  ke bilik air. Sekali apabila tiba di kawasan rehat dan rawat anda pun ingin berhenti sebentar untuk melepaskan penat kaki dan isi minyak serta membiarkan isteri bawa anak-anak ke bilik air.

Bang! Terkejut anda seketika. Anak lelaki anda yang paling tua berumur 11 tahun menghempas pintu belakang kereta langgar kereta sebelah. Alamak! Anda bergegas turun untuk tengok apa yang  sudah jadi. Kereta sebelah sudah kemek, malah ada kesan cat tertanggal. Kuat betul hentakkan tadi rupanya.

Tuan punya kereta tersebut pun kembali sambil geleng kepala. Apa nak buat?

Penjelasan LLP

Jika anda ada mengambil insuran tambahan LLP dengan kami, anda sudah dilindungi daripada apa-apa tuntutan pihak ketiga ke atas tuan kenderaan iaitu anda.

Sekalipun kemalangan atau kerosakkan dilakukan oleh penumpang anda, sebenarnya tuntutan pihak ketiga akan dibuat ke atas pemilik kenderaan dan bukan penumpang. LLP melindungi anda atas apa jua kemalangan atau kerosakkan yang dilakukan oleh  penumpang anda.

Oleh itu, sila ambil insuran tambahan LLP apabila renew road tax dengan kami,

Terima kasih.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on: , ,
Back to Top