Bahaya Carpool Tanpa Insuran LLTP

bahaya carpool tanpa insuran lltp

Legal Liability To Passengers (LLTP)

Insuran tambahan ini melindungi anda terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang dilakukan terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda yang timbul akibat kemalangan semasa menumpang kenderaan anda.

Perlindungan ini adalah wajib untuk kita memasuki negara jiran Singapura. Jika berlaku kemalangan, kerajaan Singapura mahu pastikan setiap pemilik kenderaan yang memasuki negaranya di lindungi. Jika anda bekerja atau mahu bercuti ke sana, memang wajib ambil insuran tambahan ini.

Senario 1

Oleh kerana kenaikan harga minyak dan kos hidup, anda telah menyertai satu skim car pool yang dianjurkan oleh HR pejabat anda. Anda pun sertai kumpulan 4 orang staf jabatan lain yang anda kurang kenali. Pemilihan dilakukan oleh HR kerana rumah anda semua berdekatan dan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Sepanjang minggu tiada apa-apa pun yang berlaku. Akhirnya apabila tiba giliran anda untuk membawa kenderaan pada hari Jumaat, anda terlibat dalam satu kemalangan yang agak teruk. Kerana kemalangan itu 4 orang penumpang carpool anda semua masuk hospital.

Mereka semua pakat ambil peguam dan saman anda bagi membayar bil hospital kerana anda tiada insuran tambahan LLTP.

Senario 2

Anda adalah pelajar universiti tempatan. Selepas SPM anda kumpul duit untuk beli kereta 2nd hand dengan bantuan keluarga. Anda cukup berbangga dengan kereta tersebut walaupun ia cuma kereta kancil lama.

Apabila setiap cuti hujung minggu anda akan pergi joyride dengan kawan-kawan. Selalunya anda akan pergi ke kawasan tepi pantai. Malang tidak berbau! Dalam perjalanan ke Port Dickson kali ini kereta anda terbabas dan langgar pembahagi jalan. Rakan anda semua cedera ringan kecuali seorang yang terpelanting keluar.

Nak jadi cerita penumpang tersebut meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Anda disaman oleh keluarga si mati.

Penjelasan LLTP

Kerana itu adalah amat penting anda pastikan setiap penumpang pakai tali pinggang keledar dan berada dalam keadaan selamat. Jika berlaku kemalangan, anda pula yang akan disaman oleh mereka. Jika anda takut kena saman, jangan kasi orang tumpang kereta atau ambil insuran tambahan LLTP dengan kami.

Jika anda ada mengambil insuran tambahan LLTP dengan kami, anda sudah dilindungi daripada apa-apa tuntutan penumpang ke atas tuan kenderaan iaitu anda. Sekalipun kemalangan atau kerosakkan bukan kerana anda, tetapi pihak ketiga yang bersalah tetapi tuntutan atau saman akan tetap dibuat ke atas pemilik kenderaan iaitu anda, dan bukan pihak ketiga.

Oleh itu, jangan lupa ambil insuran tambahan LLTP semasa anda renew road tax dengan kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on: , ,
Back to Top