Khidmat Tarik Kereta 24jam (Etiqa Auto Assists)

etiqa auto assists tarik kereta

Perlukan Khidmat Tarik Kereta?

Untuk pengetahuan anda semua, pelanggan-pelanggan yang renew road tax dan ambil insuran kenderaan takaful dengan kami akan mendapat khidmat bantuan kecemasan kenderaan seperti berikut:

  • Baikpulih kenderaan untuk masalah atau kerosakan kecil di lokasi
  • Perkhidmatan 24 jam tunda atau tarik kereta
  • Bantuan perjalanan alternatif
  • Cari dan Book penginapan hotel
  • Rujukan ke pusat servis

Apabila anda memilih untuk membeli salah satu pakej takaful kenderaan kami, secara automatik anda menjadi ahli Etiqa Auto Assists  (EAA). Oleh itu sila simpan nombor telefon hotline 1-800-88-6491 atau tampal road tax menggunakan sticker kami. Belakang sticker ada nombor talian kecemasan ini. Jadi tidak perlu ingat atau simpan nombor hotline dalam telefon bimbit.

Perkhidmatan Auto Assists

Senario 1

Cuba bayangkan anda dan keluarga dalam perjalanan jauh balik kampung untuk musim perayaan ini. Kerana nasihat kerajaan, anda memilih untuk memandu di waktu malam untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya. Sekali jam 3 pagi kereta anda rasa lain macam aje.

Mula-mula tu anda hilang kelajuan, lepas tu kereta terhenjut-henjut dan tidak lama lepas tu enjin mati. Nak jadikan cerita kenderaan anda rosak di jalan lama yang di kelilingi hutan kelapa sawit kiri dan kanan. Tidak ada satu rumah pun yang kelihatan dan tiada kenderaan lain yang lalu lalang.

Senario 2

Anda seorang wanita  dalam perjalanan kerja outstation. Tengah syok memandu tetiba tayar sebelah kiri meletup pancit. Nasib baik anda masih mampu mengawal keadaan kenderaan kerana tidak memandu laju. Anda pun dengan perlahan-lahan menyusur ke sisi jalan masuk ke dalam lorong kecemasan. Bila turun tengok tayar depan memang sah kempis, tayar dah pancit. Anda mula gabra kerana tidak pernah tukar tayar sebelum ini. Masa ambil lesen L dulu pun anda bernasib baik kononnya kerana terlepas kena pilih untuk praktikal tukar tayar. Sekarang ni anda sudah buntu tidak tahu nak buat apa. Mana tayar spare pun anda tidak tahu.

Alamak! Macam mana ni? Nak telefon siapa untuk minta tolong?

Sila telefon Auto Assits 1-800-88-6491

Baikpulih Kenderaan di Lokasi

Pihak Etiqa telah melantik beberapa ejen bantuan kecemasan di seluruh negara. Ia terdiri daripada juruteknik profesional dan berpengalaman. Juruteknik ini akan cuba membaiki kenderaan anda di lokasi sebaik mungkin. Tetapi juruteknik tersebut cuma boleh cuba membaiki kenderaan anda sampai tempoh 2 jam maksimum. Jika kerja-kerja pembaikan adalah rumit, juruteknik akan menasihatkan anda untuk menunda kenderaan ke panel bengkel terdekat. Perlu diingatkan yang juruteknik tersebut cuma memberi khidmat kerja dan anda perlu keluarkan kos untuk sebarang pembelian alat ganti kenderaan.

Khidmat Tundaan 24 Jam

Jika kenderaan anda tidak boleh dibaiki di lokasi, pihak auto assists akan memberi bantuan tundaan percuma tanpa had jarak ke bengkel terdekat yang ditentukan. Tetapi jika anda ingin memilih bengkel lain untuk tarik kereta dan jarak antara lokasi kerosakan dan bengkel pilihan anda melebihi 50km, anda hendaklah menanggung caj tambahan pada kadar RM3.00 setiap kilometer tambahan selepas 50 km pertama.

Perkhidmatan tarik kereta ini juga boleh digunakan jika anda bekerja atau bercuti ke Singapura dan Thailand. Nombor telefon hotline adalah +603 6207 4338.

Jadi apa lagi, jom renew road tax dan ambil takaful kenderaan dengan kami untuk mendapatkan khidmat bantuan kecemasan di jalanan. Sediakan payung sebelum hujan kerana malang tidak berbau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Back to Top