Takaful Perlindungan Rusuhan & Mogok

takaful rusuhan mogok

Perlukah Perlindungan Gangguan Awam?

Sekarang ini rusuhan jalanan dan gangguan awam atau public disorder adalah lumrah kehidpan di Kuala Lumpur atau bandaraya besar lain di Malaysia. Asal tak puas hati aja, buat perhimpunan halal atau haram dan berarak. Rusuhan ini berlaku akibat tidak puas hati rakyat dengan situasi atau isu-isu tertentu.

Budaya membawa ketidakpuasan hati ke jalanan bukan benda baru tetapi menjadi-jadi di merata dunia sekarang ini. Banyak kerajaan di negara timur tengah jatuh kerana rusuhan jalanan ini. Di sesetengah negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, rusuhan jalanan senang sangat berlaku dan terancang. Malah di Singapura sendiri berlaku rusuhan kaum di Little India baru-baru ini.

Media Sosial Penyumbang Rusuhan

Kenapa sekarang ni senang sangat rakyat nak berkumpul dan merusuh? Kerana media sosial, orang ramai mudah berkongsi maklumat untuk membuat perjumpaan atau perhimpunan pada sesuatu tempat dan masa tertentu. Bukan macam masa dulu-dulu, maklumat bergerak melalui word of mouth sahaja, dan ramai tidak peduli kerana ingat berita itu khabar angin sahaja. Itulah dia bahaya media sosial seperti Facebook dan Twitter. Kerajaan Malaysia tidak boleh membuat  apa-apa untuk membendungnya kerana apa yang sudah diberi susah nak tarik balik.

Apabila orang ramai berkumpul di sesuatu tempat, macam-macam boleh berlaku. Ini adalah kerana kita tidak boleh kawal setiap perilaku mereka yang hadir ke perhimpunan aman tersebut. Akibatnya segelintir pihak yang hadir pasti akan melepaskan geram yang terpendam di dada dengan merosakkan harta benda awam dan membuat kacau bilau.

Tidak Tahu Akan Jadi Rusuhan

Kekadang kerana kesibukkan kerja, kita tidak tahu pun akan adanya perhimpunan tersebut yang akhirnya menjadi rusuhan besar. Kerosakkan pada kenderaan boleh mendapat perlindungan takaful untuk  kategori gangguan awam seperti rusuhan  dan mogok.

Antara Rusuhan Sensasi Malaysia

Berikut adalah rusuhan besar di Malaysia:

  • Gerakan Reformasi
  • Bersih
  • Bersih 2.0
  • Perhimpunan Hindraf
  • Turun

Kes rusuhan yang terbaru adalah pada malam tahun baru di Dataran Merdeka. Memang kecoh satu Malaysia dan PDRM masih membuat siasatan akan kes rusuhan ini.

Mogok

Jangan ingat jika anda tidak tinggal di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, anda terlepas dan selamat. Rusuhan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kerap berlaku pekerja asing mogok di kawasan kilang dan tempat kerja dan merosakkan harta benda awam. Cerita-cerita begini bukannya masuk akhbar atau tv kerana tidak sensasi.

Mangsa keadaan mogok ini mungkin anda jika kenderaan di letakkan dekat dengan kawasan mogok. Orang dah geram dan marah ni memang pasti habis di kerjakan kereta jika mereka ingat kereta itu milik boss atau majikan. Jika kebetulan kenderaan anda sama model dan  warna, habis dikerjakan sehingga lunyai.

Perlindungan Takaful Rusuhan & Mogok

Apa-apapun jika kenderaan anda terlibat dan berlaku kerosakkan angkara peserta rusuhan atau mogok, memang payah nak buat tuntutan jika anda tidak ambil insuran tambahan gangguan awam atau public disorder semasa renew road tax. Sila klik kotak Rusuhan/Mogok untuk  perlindungan tambahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on: , ,
Back to Top