Takaful Kemalangan Pemandu dan Penumpang

takaful kemalangan pemandu penumpang

Perlindungan Takaful Pemandu dan Penumpang

Perlu ke? Ramai orang yang kedekut dan konon nak berjimat cermat semasa renew road tax dan insuran kenderaan sampai lupa bahawa malang tidak berbau. Lagi-lagi di Malaysia ini yang rekod kemalangan jalan raya maut adalah yang tertinggi di dunia. Tiada tempat lain di dunia ini yang orang mati hari-hari kerana sebab kemalangan jalan raya, lebih teruk bila tiba musim perayaan. Sampaikan PDRM akan buat ops khas untuk kira berapa banyak kes kemalangan maut.

Tetapi kenapa masih ramai rakyat Malaysia yang mengambil ringan akan hal ini. Mereka cuma ambil perlindungan third party.

Apa itu perlindungan third party?

Takaful jenis ini adalah polisi insuran yang melindungi pihak ketiga yang terlibat dengan kemalangan bersama anda. Kira pemandu dan penumpang kereta yang sama-sama kemalangan dengan anda. Tetapi polisi ini cuma akan bayar segala tuntutan pihakĀ  tersebut dan anda tidak akan mendapat satu sen pun kerana terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Kira anda tidak sayang diri sendiri dan keluargalah camtu. Faham kan? Tak faham lagi, mari saya jelaskan…

Anda harus ingat yang kemalangan bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada kenderaan anda. Ia mungkin menyebabkan kehilangan anggota keluarga, kecederaan kekal seperti lumpuh dan paling tidak kurang pun berlaku kecederaan ringan yang memerlukan kos perubatan. Semua kos-kos perubatan ini anda tidak akan dapat buat tuntutan, cuma orang yang terlibat sama dengan kemalangan tersebut yang dapat. Tidak kira pihak yang satu lagi tu yang bersalah ke tidak. Sebenarnya pihak yang satu lagi tu yang untung dan seronok walaupun bersalah, masih dapat pampasan serta tuntutan insuran dengan anda.

Kenderaan anda bagaimana pula? Kereta tersebut dah tentu dilindungi oleh polisi insuran asas. Cuma anda kena tunggu 6 bulan untuk masuk mahkamah dan tuntut ganti rugi. Jadi takkan kereta dan orang lain lebih penting daripada diri sendiri dan keluarga anda?

Sayangi Diri Sendiri dan Penumpang

Oleh itu, sayangilah diri sendiri dahulu. Lebih baik anda ambil insuran tambahan untuk pemandu dan penumpang semasa anda renew road tax. Sedikit sebanyak ia akan meringankan beban anda jika berlaku kecelakaan. Kos perubatan hospital bukannya murah. Jangan sampai nanti sudah jatuh di timpa tangga pula. Sudahlah anda terlibat dengan kemalangan, tidak dapat pergi kerja, mungkin juga di buang kerja jika tidak dapat hadir ke tempat kerja dalam masa 3 bulan mengikut undang-undang. Siapa yang nak bayar kos perubatan? Siapa yang nak tanggung kos perubatan anak dan bini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Back to Top