Cukai Jalan Siap Segera Di Kiosk MyEG

 

myroadtax-kiosk-myeg

Cari Kiosk MyEG?

Cukai jalan anda akan mati esok dan anda dah gelabah. Kesibukan harian dengan kerja dan anak-anak kekadang menyebabkan anda terlupa untuk memperbaharui insuran kereta dan cukai jalan. Memang senario ini berlaku hari-hari.

90% pelanggan kami yang memperbaharui insuran kereta dan cukai jalan cakap mereka renew last minute pasal terlupa. Jangan risau, ini bukan salah anda, bukan salah sesiapa tetapi keadaan. Kalau anda ada masa,  boleh mohon insuran kereta dan cukai jalan baru di MYroadtax.com tetapi jika anda risau kerana cukai jalan dah mati atau nak cara lagi cepat boleh guna cara lain iaitu renew road tax di cawangan kiosk MyEG.

Kalau anda betul-betul terdesak dan tidak boleh tunggu kami hantar cukai jalan ke rumah atau pejabat dengan khidmat Pos Laju atau Pos Ekspress, anda boleh datang ke cawangan-cawangan kiosk MyEG kami untuk servis mencetak cukai jalan di kiosk MyEG dalam masa kurang daripada 15 minit sahaja. Agensi insuran takaful kami adalah syarikat berdaftar dengan JPJ dan MyEG. Oleh itu kami ada kiosk MyEG di beberapa cawangan di Negeri Sembilan di daerah Nilai, Sepang, Salak Tinggi, KLIA, Banting, Dengkil dan juga Mantin. Siapa kami?

Untuk pengetahuan anda kiosk MyEG ini bukan seperti vending machine yang terletak di luar bangunan. Kiosk MyEG terletak dalam premis perniagaan kami. Anda tidak perlu memahami sistem kiosk MyEG untuk mencetak cukai jalan. Anda cuma perlu serahkan salinan dokumen geran atau nota perlindungan tahun lepas dan juga mykad kepada kami. Kami akan lakukan semuanya untuk anda di kiosk MYEG.

Anda cuma perlu duduk di lobi kami yang selesa sambil baca surat khabar, majalah atau layar internet sementara menunggu cukai jalan siap di kiosk MYEG. Paling lama pun 15 minit kena tunggu. Boleh kan?

Sungguh mudah, cepat dan senang…

…nak buat cukai jalan baru hari ini juga di kiosk MyEG. Anda boleh:

  • hantar wakil. Tidak perlu datang sendiri!
  • bawa salinan geran tahun lepas.Tidak perlu geran asal pun!
  • atau bawa salinan nota perlindungan insuran tahun  lepas!
  • bawa salinan mykad pemilik kenderaan. Tidak perlu serah mykad asal kepada wakil!
  • buat bayaran tunai atau kad kredit. Ya, kami juga menerima bayaran kad kredit!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tagged on:
Back to Top